Sunan Kali Jaga
KEKAYAAN TANPA HARTA, ILMU TANPA BELAJAR DAN KEMULIAAN TANPA KAUM KELUARGA
Petikan Dari Untaian Kisah Para Wali
Allah
Syeikh
As-Sariy As-Saqqathy ra bercerita:
Sekali peristiwa sedang aku berada di
Baitul-Maqdis, ketika itu aku duduk di Sakhrah berdekatan dengan Masjid Al-Aqsha. Aku dalam keadaan sedih
dan pilu sekali, kerana hari-hari untuk perlaksanaan haji ke Batullah hanya
tinggal sepuluh hari saja lagi, jadi aku merasa kesal sekali kerana tidak dapat
menunaikan ibadat Haji pada tahun itu
Aku berkata dalam hatiku:
"Alangkah buruknya
nasib! Semua orang telah berangkat menuju ke Makkah untuk menunaikan haji, dan
kini yang tinggal hanya beberapa hari saja, padahal aku masih berada di
sini!"
Akupun
menangis kerana ketinggalan amalan Haji tahun ini. Tidak beberapa lama
sesudah itu, aku terdengar suatu suara ghaib menyambut tangisanku tadi. Katanya:
"Wahai Sariy
Saqathy! Janganlah anda menangis, nanti Tuhan akan mengirimkan utusanNya untuk
menghantarmu ke Baitullahil-Haram, Makkah di saat ini juga.!"
Aku
bertanya dalam hatiku: Bagaimana ini boleh terjadi, sedang saat ini aku masih
di sini, padahal perlaksanaan haji tinggal beberapa hari lagi? Apakah aku akan diterbangkan? atau
bagaimana?
Suara itu kedengaran lagi:
"Jangan engkau
ragu! Allah Maha Kuasa mampu mempermudah segala yang sukar bagaimanapun
caranya."
Mendengar jawapan itu, aku langsung bersujud
kepada Allah untuk bersyukur dengan airmata kegembiraan. Kemudian aku duduk
dengan hati yang berdebar-debaran dan hatiku terus bertanya:
"Benarkah
apa yang dikatakan oleh suara itu?!"
Tiba-tiba dari jauh tampak dengan jelas empat orang
pemuda berjalan cepat-cepat menuju ke masjid, dan kelihatan wajah keempat-empat
pemuda itu sangat bersinar. Seorang di antaranya
lebih tampan dan berwibawa, mungkin dia itulah pemimpin rombongan ini. Mereka sholat masing-masing dua rakaat. Saya turun dari Sakhrah, lalu mendekati mereka, dalam hatiku berkata:
"Moga-moga mereka inilah orang-orang
yang dijanjikan oleh Tuhan dalam suara ghaib tadi!"
Aku mendekati pula
pemuda yang aku menganggapnya sebagai pemimpin rombongan ini agar aku dapat
mendengar doa dan munajatnya. Aku dapatinya sedang
menangis, kemudian dia berdiri, menyentuh hati sanubariku. Selesai
bersholat dia lalu duduk dan datang pula ketiga-tiga pemuda yang lain pula yang
duduk di sisinya.
Berkata Sariy Saqathy:
Akupun mendekati mereka serta memberi salam kepada mereka.
Akupun mendekati mereka serta memberi salam kepada mereka.
"Waalaikumussalam,"
Jawab pemuda pemimpin itu,
"Wahai Sariy Saqathy, wahai orang yang
mendengar suara ghaib pada hari ini. Bergembiralah, bahawa engkau tidak akan
ketinggalan haji pada tahun ini."
Aku hampir-hampir jatuh
pengsan, apabila mendengar berita itu. Aku terlalu gembira, dan tidak dapat kusifatkan
betapa hatiku merasa senang sekali, sesudah tadinya aku bersedih dan menangis.
"Ya, memang saya dengar suara ghaib itu
tadi," Jelas
Sariy Saqathy.
"Kami," Kata pemuda itu, "Sebelum suara
ghaib itu membsikkan suaranya kepada mu itu, kami sedang berada di negeri
Khurasan dalam penujuan kami ke Negeri Baghdad. Kami cepat-cepat menyelesaikan
keperluan kami di sana, dan terus berangkat ke arah Baitullahi-Haram. Tiba-tiba
terfikir oleh kami ingin menziarahi makam-makam para Nabi di Shyam, kemudian
barulah kami akan pergi ke Makkah yang dimuliakan oleh Allah tanahnya. Kini
kami telah pun memenuhi hak-hak para Nabi itu dengan menziarahi makam-makam
mereka, dan kami datang ke mari pula untuk menziarahi Baitul-Maqdis,"
Pemuda itu menjelaskan lagi.
"Tetapi,
apa pula yang tuan-tuan melakukan ketika di Khurasan awal-awal itu,?" Tanya Sariy Saqathy.
"Kami mengadakan pertemuan dengan rakan kami,
iaitu Ibrahim Bin Adham Ma' ruf Al-Karkhi. Dan saat ini mereka sedang menuju ke
Makkah, melalui jalan padang pasir, dan kami pula singgah di Baitul
Maqdis."
Hairanku
memuncak kini, apakah benar apa yang mereka katakan itu? Mana Khurasan dan mana pula Sham? Jarak di antara kedua-duanya amat jauh sekali dan
jika ditempuh berjalan kaki memakan masa setahun lamanya. Bagaimana mereka dapat menempuhnya dengan
sekelip mata sahaja?!
"Moga-moga Allah merahmatimu," ujarku. "Perjalanan
dari Khurasan dan Baitul Maqdis kerap kali ditempuh selama setahun? Bagaimana
kamu dapat menempuhnya dalam masa yang singkat sekali?!" tambahku
lagi.
"Wahai Sariy,
jangan kau hairan!" Kata pemuda pemimpin itu. "Kalau
perjalanannya itu sampai seribu tahun sekalipun, bukankah kita ini semua
hamba-hamba Allah, dan bumi pun bumi Allah?! Kita pun pergi untuk menziarahi
rumahNya, jadi Dialah yang menyampaikan kita ke sana dan kuasa dan kehendak
ialah kuasa dan kehendakNya. Tidakkah engkau lihat betapa matahari beredar dari
timur dan barat pada suatu hari sahaja, yakni siangnya. Cuba engkau fikirkan
bagaimana matahari itu beredar? Apakah ia beredar dengan kuasanya sendiri,
ataukah dengan kuasa Tuhan? Kalaulah matahari itu yang hanya jamad (benda yang tidak
bernyawa), dan ia tidak ada hisab, (perhitungan) dan tidak ada iqab (siksa) ia
boleh beredar dari timur ke barat dalam satu hari, jadi tidaklah mustahil bagi
seorang hamba dari hamba-hamba Allah boleh memotong perjalanan dari Khurasan ke
Baitul Maqdis dalam satu saat sahaja. Sesungguhnya Allah Ta'ala mempunyai kuasa
mutlak dan kehendak untuk membuat sesuatu yang luar biasa kepasa siapa yang
dicintaiNya atau yang dipilihNya, tiada suatu kuasa yang dapat menghalangi
kuasa dan kehendakNya."
Dia berhenti semula
kemudian menyambung lagi:
"Engkau wahai Sariy Saqathy!" Seru pemuda itu tadi,
" Hendaklah engkau memuliakan dunia dan akhirat sekaligus?"
Dia menjawab:
"Siapa yang mahukan kekayaan tanpa harta, dan
ilmu pengetahuan tanpa belajar serta kemuliaan tanpa kaum keluarga, maka
hendaklah ia membersihkan jiwanya dari mencintai dunia sama sekali, jangan
sekali-kali ia bergantung kepada dunia, dan jangan sampai hatinya mengingatinya
sama sekali!"
"Tuan!
demi Allah yang telah menggutamakanmu dengan Nur cahayaNya, dan Yang telah
Membukakan bagimu darihal rahsia-rahsiaNya, sekarang engkau akan berangkat ke
mana?!" tanya
Sariy Saqathy.
"Kami akan
berangkat untuk menunaikan haji, kemudian menziarahi maqam nabi alaihis-shalatu
was-salam."
"Demi Allah, aku tidak akan berpisah denganmu
lagi, kerana berpisah denganmu bererti berpisahnya roh dengan jasad," Aku merayu kepadanya.
"Kalau begitu, marilah kita berangkat
bersama dengan menyebut Bismillah."
Dia mula bersia-siap dan
berangkat jalan. Aku pun menurut di
belakangnya. Sebentar
saja kami berjalan, tiba-tiba sudah masuk waktu solat zohor.
"Wahai Sariy,
sekarang sudah masuk waktu Zohor, engkau tidak bersolat Zohor?!" tanyanya.
"Ya,
aku akan bersolat Zohor" , kataku.
Aku
pun segera mencari debu bersih untuk bertayammum. Tiba-tiba
kata pemuda itu:
"Tak perlu tayammum. Di sini ada mata
air tawar, mari ikut aku ke sana!"
Aku
sebagai orang yang bodoh ikut ke jalan yang diarahkan. Di
situ memang benar ada sebuah mata air tawar, rasanya lebih enak dan lebih manis
dari rasa madu.
Aku pun berwudhuk dengan air itu serta meminumnya
dengan sepuas-puasnya. Kemudian
aku berkata kepadanya:
"Tuan! demi Allah, aku telah melalui jalan ini
berkali-kali, tetapi tak pernah aku menemui mata air ini, ataupun air apa pun
di tempat ini?!"
"Kalau begitu kita
harus bersyukur kepada Allah atas kemurahanNya terhadap hamba-hambaNya."
Kamipun bersholat bersama-sama, kemudian berjalan
lagi hingga dekat ke waktu Asar. Aku tidak percayakan
diriku ketika aku lihat menara-menara tinggi Negeri Hijaz itu. Tidak beberapa lama
sesudah itu, aku terlihat tembok-tembok Kota Makkah. "Oh, ini Makkah! bisik hatiku. Betulkah aku
dalam keadaan sedar, ataupun mungkun ini hanya sebuah impian malam saja!!!
Tiba-tiba tercetus dari mulutku, "Eh kita
sudah sampai ke Makkah?!" Aku terus menangis dan airmataku menjirusi seluruh
pipiku.
"Wahai
Sariy," Kata
pemuda itu. "Engkau sudah sampai di Makkah. Sekarang engkau hendak
berpisah denganku ataupun kau hendak masuk bersama-sama denganku?!"
Tanya pemuda itu.
"Ya,
saya akan masuk bersamamu," Jawabku.
Kami pun masuk Makkah
itu menerusi pintu Nadwah. Di situ aku temui dua orang laki-laki sedang
menunggu kami. Seorang agak sudah tua parasnya dan yang lain pula
masih muda dan tegak lagi.
Apabila kedua orang
laki-laki itu melihat pemuda tadi, mereka tersenyum dan serta merta mereka
datang dan mendakapnya. Kemudian sebut mereka: Alhamdulillah alas-salaamah! (segala puji bagi Allah yang telah
menyelamatkan kamu.)
"Tuan,
siapa mereka ini" tanyaku.
"Ah," bunyi
suaranya. "Yang tua ini ialah Ibrahin Bin AdHam dan pemuda ini ialah
Ma'ruf Al-Karkhi."
Akupun bersalaman dengan
mereka.
Kami sekelian duduk di dalam masjid itu hinggalah
tiba waktu sholat Asar. Kemudian kita bersholat pula sholat Maghrib
dan Isyak di Masjidil Haram itu.
Sesudah itu, maka
masing-masing mereka mengambil tempat-tempat sendiri di dalam masjid itu
bersholat bermacam-macam sholat. Aku juga turut bersholat
sekadar kemampuanku sehinggalah tertidur dengan nyenyaknya. Apabila aku tersedar
dari tidurku itu aku dapati mereka sudah tidak ada lagi di situ. Aku cuba mencarinya di merata
Masjidil-Haram itu, tiada suatu ceruk pun melainkan sudah aku amat-amatinya,
namun bayangnya pun tidak kudapati. Ke
mana mereka telah pergi? aku merayau-rayau di situ selaku orang gila
yang tidak tentu arahnya.
Kemudian aku pergi
mencari mereka di merata tempat lain, di sekitar Masjidil-Haram, dan
merata-rata kota Makkah, di Mina, dan di tempat-tempat lain lagi, namun aku
tidak menemui walau seorang pun dari mereka.
Aku merasa sedih sekali,
dan kadang-kadang aku menangis seorang diri, kerana telah terpisah dari mereka
itu sekelian.
Moga-moga Allah
merahmati mereka sekelian!.
Semoga Allah Memimpin Kami Ke Arah Jalan Yang Lurus, Jalan Yang Tidak Dimurkai, Jalan Yang Tidak Disesati
Posted on September 30, 2011 by sitik
Kisah teladan seorang wali Allah terkenal untuk dikongsi…. semoga dapat menjadi iktibar, peringatan dan pengajaran kepada kita semua….
HASAN AL-BASRI
Sebelum Hasan menjadi seorang sufi, beliau ialah seorang jauhari (peniaga intan berlian). Satu hari beliau pergi ke satu tempat bernama Rom (di Asia Minor) kerana berniaga, dan pergi berjumpa menteri sultan. Menteri itu berkata kepada beliau, “Anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi kerana pada masa ini menemankan sultan dalam satu kerja pentingnya. Jika anda mahu, anda bolehlah bersama kami.” Hasan pun berangkatlah bersama sultan, menteri dan lain-lain. Mereka masuk ke satu hutan yang luas. Di tengah hutan itu ada terdiri sebuah khemah yang hebat, yang di kawal oleh askar-askar. Pegawai-pegawai tentera masuk ke khemah itu dan kemudian keluar. Kemudian mereka berjalan mengelilingi khemah itu, dan kemudia pergi. Setelah itu tiba pula orang-orang tua yang kehormatan masuk ke khemah itu, berkata sesuatu, kemudian keluar, lalu mengelilingi khemah itu dan pergi. Kemudian datang pula golongan-golongan pakar-pakar perubatan dan berbuat demikian juga. Kemudian giliran dua ratus orang gadis yang cantik-cantik pula berbuat demikian. Akhirnya datanglah sultan dengan menterinya; baginda masuk ke dalam khemah itu, berkata sesuatu, keluar dan mengelilingi khemah itu dan terus pergi.
Hasan hairan melihat peristiwa itu. Beliau bertanya kepada menteri yang menemaninya itu. Kata menteri tersebut, “Sultan itu mempunyai anak yang lawa dan berani telah meninggal dunia di sini. Anak itu di kuburkan di tempat khemah itu terdiri. Tiap-tiap tahun kami mengunjungi tempat ini dan melakukan upacara yang tuan baru saksikan tadi. Mula-mulanya pihak tentera pergi ke kubur itu dan berkata kepada yang berkubur di situ ia itu anak raja itu, “Jikalah dengan senjata kami, dapat kami menyelamatkan kamu dari Tuhan Kematian, akan kami kurbankan nyawa kami untuk menyempurnakan tujuan itu, tetapi apakah daya kami tidak berupaya.”
Kemudian datang pula pihak candakiawan yang berkata, “Jikalau ilmu dan pengalaman kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tetapi apakan daya kami tidak berupaya“. Kemudian datang pula, pihak tabib, berkata, “Jika ubat-ubat kami dapatmenyelamatkan kamu dari mati, tentu kami akan berusaha menyelamatkan kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya”. Kemudian pihak gadis-gadis yang cantik itu pula berkata, “Jikalau kecantikan kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, nescaya kami kurbankan apa sahaja untuk kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya”. Selepas itu, datang pula sultan ditemani oleh menteri-menterinya dan berkata, ‘Anak ku ! kami berusaha sedaya-upaya dengan kekuatan tentera, tabib-tabib dan lain-lain untuk menyelamatkan kamu dari mati, namun takdir Tuhan tetap berlaku jua. Selamatlah kamu tinggal di sini dan kami akan datang lagi tahun depan, pada masa ini juga.”
Peristiwa ini sangat mengharukan fikiran Hasan dan mengubah sikapnya. Beliau menghabiskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan bersedia untuk menghadapi mati. Beliau kembali ke Basrah. Perniagaannya di tinggalkan. Beliau pergi jauh dari manusia ramai dan bersumpah tidak akan senyum sepanjang hidupnya. Tujuh puluh tahun lamanya beliau tidak berhenti-henti beribadat kepada Allah. Dalam hidupnya hanya satu sahaja keperluan dan tujuannya iaitu Allah. Dia tidak peduli apa sahaja selain Allah.
Apabila Rabi’atul-adawiyah Al-Basriyyah (803 Masehi) tidak datang menghadiri syarahan Hasan, ia tidak akan memberi syarahan hari itu. Orang bertanya kenapa beliau bersikap demikian. Jawabnya, “Serbat yang ada di dalam bekas untuk gajah tidak dapat dimuatkan dalam bekas untuk semut.”
Semasa beliau bersyarah dalam keadaan dzauk (mabuk terhadap Allah) beliau berterima kasih kepada Rabi’atul adawiyah dengan katanya, “Saya berterima kasih kerana berkat mu, membawa ku ke dalam mabuk cinta kepada Allah ( dzauk )”
Beliau pernah di tanya, “Apakah Islam dan siapakah orang Islam? “Hasan menjawab, “Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu dalam kubur.”
Kata-kata Hasan
1. Janganlah kamu tinggalkan amalan ugama mu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu. Bahkan mereka itu mengganggu Allah.
2. Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.
Biasanya Hasan menulis dosa-dosa yang dilakukan pada pakaiannya semenjak dahulu lagi. Beliau selalu melihat tulisan tersebut. Kadang-kadang beliau akan menangis hinggakan jatuh pengsan apabila melihat dosa yang di lakukannya itu.
Satu ketika, Hasan berserta dengan beberapa orang lain, sedang pergi ke Ka’abah, tengah jalan mereka sampai ke satu perigi, mereka semuanya dahaga tetapi mereka tidak ada tali timba untuk mengambil air telaga itu. Hasan pun berkata, “ Saya hendak sembahyang, semasa saya sembahyang tuan-tuan akan lihat air itu naik ke atas tuan-tuan bolehlah minum air itu untuk menghilangkan dahaga.” Perkara itu benar-benar berlaku. Tetapi ada seorang daripada mereka itu, setelah minum sepuas-puasnya, telah mengisi bekas airnya untuk kegunaan masa depan. Air itu pun tidak semena-mena turun ke bawah semula. Apabila beliau di tanya tentang peristiwa ganjil itu. Hasan menjawab, “Itu adalah kerana kurangnya iman mu untuk bertawakal bulat-bulat kepada Allah.
Hasan sangat merendahkan dirinya hingga dianggap dirinya itu lebih hina dari segala yang lain. Satu hari, di tebing sungai Dajlah, beliau nampak seorang lelaki sedang duduk dengan seorang perempuan muda dan sebotol arak ada di hadapan orang itu. Terlintas dalam fikirannya, “Alangkah jahatnya orang itu! Alangkah baiknya jika ia seperti aku”. Tatkala itu datang sebuah perahu dan tidak jauh dari orang itu. Perahu itu beransur-ansur tenggelam. Ada tujuh orang dalam perahu itu pun hampir-hampir mati lemas. Orang itu pun segera melompat ke dalam sungai itu dan menyelamatkan enam orang dari tujuh orang itu dari mati lemas. Kemudian orang itu berpaling kepada Hasan dan berkata, “Jika kamu lebih mulia dari saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah orang yang seorang lagi itu. Kamu hanya selamatkan seorang, tetapi aku selamatkan enam orang.” Tetapi Hasan tidak dapat menyelamatkan orang yang seorang itu. Orang itu berkata kepada Hasan, “Tuan, orang perempuan di sisi saya itu ialah ibu ku, dan botol itu mengandungi air sahaja. Peristiawa ini adalah untuk menguji tuan.“
Mendengarkan itu, Hasan jatuh terduduk, lalu berkata, “Seperti tuan telah menyelamatkan enam orang, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam air kebanggaan dan kesombongan”. Orang itu menjawab, “Moga-moga Allah kabulkan kehendak mu!”. Hasan terasa yang kehendaknya telah terkabul.
Semenjak itu, beliau sangat merendahkan diri. Apabila melihat seekor anjing, beliau berkata, “Ya Allah, demi anjing yang baik ini, terimalah aku sebagai hamba Mu”.
Hasan berkata bahawa empat peristiwa yang memberinya pengajaran besar dalam hidup:
Satu ketika saya tarik pakaian seorang kasi (orang pontong) kerana berseloroh. Orang itu berkata, “Kembalikan pakaian itu, kerana ada orang yang tahu keadaan ku yang sebenarnya”. Tiba-tiba terlintas di fikiran ku: bagaimana pula kedudukan kita di akhirat kelak jika di telanjangkan dan semua dosa kita itu diperlihatkan?
Seorang mabuk sedang menggelupur dalam Lumpur. Saya katakan kepadanya supaya berhati-hati agar tidak tenggelam. Orang itu berkata, “Hasan, jika aku tenggelam, aku sediri yang menderita. Tuan jagalah diri tuan. Jika tuan jatuh, semua pengikut mu akan tenggelam sama.”
Suatu hari seorang budak (kanak-kanak) membawa lampu yang menyala. Saya tanya dia dari mana dia bawa api itu. Kanak-kanak itu pun memadamkan lampu itu dan berkata, “Beritahu pada ku ke mana perginya api yang bernyala pada lampu itu?”
Suatu hari seorang perempuan yang jelita berlari di jalan raya dengan kepalanya tanpa tudung sambil merungut tentang suaminya. Saya suruh dia menutup kepala dan mukanya. Perempuan itu berkata, “Cinta kepada suami telah menghilangkan fikiran ku hingga aku tidak sedarkan diri ku dan keliling ku. Jika tuan tidak memberitahu ku yang kepala dan muka ku tidak bertutup, maka tidaklah aku tahu. Aku akan berjalan seperti ini di jalan ini. Tetapi hairan juga aku, hai Hasan, tuan berpura-pura sebagai seorang pencinta Allah dan tuan sedar kepada apa sahaja yang terlintas di hadapan tuan, dan panca-indera tuan masih ada kesedaran kepada yang lain. Apakah cinta Allah yang ada pada tuan itu?
Pendapat Hasan
Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
Kawan-kawan yang jahat merosakan orang yang berjalan menuju Allah.
Mengumpulkan harta-benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah dilarang oleh Al–kitab.
Siapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Siapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan.
Orang yang menggali asas dasar dunia ini akan di situ membina bagunan akhirat adalah orang yang bijak.
Barang siapa yang kenal Allah menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah.
Orang yang membuang amalan ruhaniah dan menggantikan nya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegapkan cara-caranya yang jahat itu, adalah orang yang rosak.
Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan dihinakan oleh Allah. Siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
Allah berfirman dalam Al-Quran, “Aku akan ampunkan kamu dari segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”
Hasan di tanya, “Bagaimanakah kamu?”
Beliau menjawab, “Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung di dalam air.”
dipetik dari Sitik’s Blog
No comments:
Post a Comment