Title

Selamat datang ke Ex 3 RAMD (Utara). Pesanan admin kapada kawan-kawan semua selalulah melawati blog ini kalau hendak melihat gambar semasa dulu-dulu. Gambar- telah ditambah di post-post yang berkaitan.

Tajuk Utama

Masihkah Ingat

Terkenang Masa lalu Lawatan Ceramah Kunjungan


Malaysia :

Friday, August 2, 2013

Jalinan Kasih - Video

        بسم الله الرحمن الرحيم
Jalinan Kaseh Veteran dan Keluarga 3 RAMD

C.A.H Enterprise (Perlis) Sdn Bhd mempertemukan Veteran dan Keluarga 3 RAMD buat kali pertama.

C.A.H Enterprise (Perlis) Sdn Bhd telah mengatur satu perhimpunan bekas-bekas anggota 3 RAMD termasuk keluarga, bertempat di pekarangan rumah pengasas syarikat. Beralamat No 549, Telaga Nyior Manis, Gunong Medan, 01000 Kangar Perlis, pada 01 Ogos 2009 hari Sabtu.

Bagaimana Permulaan untuk Reunion terjadi.

Perjumpaan seperti ini atau reunion untuk anggota-anggota 3 RAMD yang telah besara belum pernah diadakan.  Pengasas C.A.H Enterprise (Perlis) Sdn Bhd adalah juga bekas daripada 3 RAMD, ia berhasrat untuk membuat satu pertemuan jalinan kaseh,  Beliau telah bertemu dengan Hj Sujipto dan meluahkan hasratnya dan Hj Sujipto berbincang pula dengan kawan-kawan yang berada di Jitra, Kedah.

Maka satu perjumpaan tidak resmi telah dibuat dirumah Hj Ck Ahmad Hussein, yang hadzir telah bersetuju melantik ahlijawatankuasa  penaja dari kalangan anggota yang hadzir  ia Mohd Shahar bin Sharif - Pengurusi, Hj Idris bin Ismail - Setiausaha,  Hj Sujipto Bin Suparire -Timb Pengerusi dan Hj Cik Ahmad Hussein - Bendahari,  Abu Samah dan berapa orang lagi sebagai - AJK.


Atur acara majlis jam 11.30 pagi anggota berserta keluarga berkumpul. Jam 12.30 makan tengah hari telah di sediakan, seperti nasi, laksa Kuala Perlis dan tea tarik, jam 14.00 petang sembahyang zohor, mesyuarat untuk melantik ahli jawatan kuasa penaja diadakan pada jam 15.30 petang sehingga jam 16.00 petang.

Selapas mesyuarat, majlis beramah-mesra diadakan dan atorcara kemuncak dengan bergambar beramai sehingga jam 17.15 baru besurai.

  Besukurlah kapada Allah dapat juga dipertemukan walaupun atorcara sebagai bidan terjun.
Untuk malumat bagi semua anggota 3 RAMD yang telah bersara atau berhenti, ini adalah  perjumpaan buat pertama kali. Untuk mengesan anggota yang besara atau berhenti adalah satu kesulitan, walaupun begitu diucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Hj Idris bin Ismail dan AJK yang dilantik secara bidan terjun dipertanggong jawab untuk menghubungi anggota-anggota yang telah besara  berjaya juga megesan lebih kurang 250 anggota. Yang hadir cuma lebih kurang 200 anggota berserta keluarga.

Setelah semua anggota bersurai, Encik Jafar Ariff dan Isteri tiba pada jam 17.30. Walaupun lewat beliau dengan penuh semangat hadir juga, syabas diucapkan.









Veteran 3 Askar Melayu Diraja

 Jalinan Kasih Ketiga - Tasik Raban, Lenggong, Perak