Title

Selamat datang ke Ex 3 RAMD (Utara). Pesanan admin kapada kawan-kawan semua selalulah melawati blog ini kalau hendak melihat gambar semasa dulu-dulu. Gambar- telah ditambah di post-post yang berkaitan.

Tajuk Utama

Masihkah Ingat

Terkenang Masa lalu Lawatan Ceramah Kunjungan


Malaysia :

Thursday, December 12, 2013

Jalinan Kaseh Kedua Sqd 145



JALINAN KASEH SQUAD 145 KALI KEDUA ALUMNI 3 RAMD

Pada mulanya telah dicadangkan untuk membuat satu perjumpaan Jalinan Kaseh diantara squad
145 dirumah Hj Cik Ahmad Hussein.  Dipersetujui oleh Hj Osman Husain (Balak) dan diberi tahu
kapada Hj Osman Mahmud PJK sebagai Setiausaha untuk menghubungi squad-squad dan
tarikah telah ditetapkan.

Aturcara mejlis telah dirancangkan oleh Hj Osman (Balak) dan Hj Osman PJK. Pada 02
Nobember 2013 bersamaan hari Sabtu jam 330 petang semua yang hdzir berkumpul dirumah Hj Cik Ahmad Hussein untuk taklimat seterusnya. Selepas taklimat minum tea dan jamuan ringgan diadakan.

Solat Magrib diadakan dirumah Hj Cik Ahmad seterusnya bacaan Yasin dan Tahalil, selepas itu
Solat Isa diteruskan. Selesai solat Isa semua tetamu dijemput makan malan yang telah dihidangkan.

Dianggarkan anggota squad dan keluarga akan hadzir seramai lima puluh ke enam puluh
orang termasuk keluarga yang diberitahu oleh urustia. Persediaan makan dan minum telah
disedia kan oleh tuan rumah, termasuk orang-orang kampong dan pekerja C.A.H Enterprise
(Perlis) Sdn Bhd.

Anggota squad yang hadzir cuma lima orang sahaja:
Hj Osman Husein dan keluarga
Hj Osman Mahamud dan keluarga
Hj Mansor Ahmad dan keluarga
Hj Sanusi Mat Sain dan keluarga
Hj Hasan Saleh

Selain dari anggota squd dua orang adalah bekas 3 RAMD iaitu;

Jahaya bin Ahmad (13779) dan
Mokhtar bin Hasan (Lebai Brus)

Semua anggota squad telah bermalam dirumah Hj Cik Ahmad Hussein kecuali Hj Sanusi telah
tempah bilek dihome stay.  Pada malam itu berbagai-bagai kesah dan cerita diluahkan oleh
yang hadzir.  Kemeseraan diantarra yang hadzir begitu mesra dan mengharukan kerana berpuluh
tahun tidak berjumpa muka.

Kesokan hari selepas sarapan pagi semua anggota berangkat pulang ka lokasi masing-masin.
Walaupun kehadziran tidak berapa orang tetapi mutalamat Jalinan Kaseh telah berjaya.

Semasa Rec di Port Dickson 1960
Begambar beramai-ramai semasa latihan rek di Port Dickson Negeri 9,  ini semua adalah dari sqd  145 sehingga 146







Wednesday, November 20, 2013

Lawatan Encik Hj Makaisak bin Abdulah Sani ka Perlis










                               Lawatan Keluarga Encik Hj  Makaisak dan keluarga
                                     ke CAH Ent Sdn Bhd pada 20112013
Hj  Makaisak bersama Pengasas C.A.H

                                   


                                        



1981
Atas bawah   Ini gambar semasa di Kem Sungai Besi

Iban 3 MD

                                      



                           
                                    Kenangan bersama Alahyarharmah kak Kiah -  Al-Fatihah












                                                       Hadi dan gang
                                   

Friday, August 2, 2013

Jalinan Kasih - Video

        بسم الله الرحمن الرحيم
Jalinan Kaseh Veteran dan Keluarga 3 RAMD

C.A.H Enterprise (Perlis) Sdn Bhd mempertemukan Veteran dan Keluarga 3 RAMD buat kali pertama.

C.A.H Enterprise (Perlis) Sdn Bhd telah mengatur satu perhimpunan bekas-bekas anggota 3 RAMD termasuk keluarga, bertempat di pekarangan rumah pengasas syarikat. Beralamat No 549, Telaga Nyior Manis, Gunong Medan, 01000 Kangar Perlis, pada 01 Ogos 2009 hari Sabtu.

Bagaimana Permulaan untuk Reunion terjadi.

Perjumpaan seperti ini atau reunion untuk anggota-anggota 3 RAMD yang telah besara belum pernah diadakan.  Pengasas C.A.H Enterprise (Perlis) Sdn Bhd adalah juga bekas daripada 3 RAMD, ia berhasrat untuk membuat satu pertemuan jalinan kaseh,  Beliau telah bertemu dengan Hj Sujipto dan meluahkan hasratnya dan Hj Sujipto berbincang pula dengan kawan-kawan yang berada di Jitra, Kedah.

Maka satu perjumpaan tidak resmi telah dibuat dirumah Hj Ck Ahmad Hussein, yang hadzir telah bersetuju melantik ahlijawatankuasa  penaja dari kalangan anggota yang hadzir  ia Mohd Shahar bin Sharif - Pengurusi, Hj Idris bin Ismail - Setiausaha,  Hj Sujipto Bin Suparire -Timb Pengerusi dan Hj Cik Ahmad Hussein - Bendahari,  Abu Samah dan berapa orang lagi sebagai - AJK.


Atur acara majlis jam 11.30 pagi anggota berserta keluarga berkumpul. Jam 12.30 makan tengah hari telah di sediakan, seperti nasi, laksa Kuala Perlis dan tea tarik, jam 14.00 petang sembahyang zohor, mesyuarat untuk melantik ahli jawatan kuasa penaja diadakan pada jam 15.30 petang sehingga jam 16.00 petang.

Selapas mesyuarat, majlis beramah-mesra diadakan dan atorcara kemuncak dengan bergambar beramai sehingga jam 17.15 baru besurai.

  Besukurlah kapada Allah dapat juga dipertemukan walaupun atorcara sebagai bidan terjun.
Untuk malumat bagi semua anggota 3 RAMD yang telah bersara atau berhenti, ini adalah  perjumpaan buat pertama kali. Untuk mengesan anggota yang besara atau berhenti adalah satu kesulitan, walaupun begitu diucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Hj Idris bin Ismail dan AJK yang dilantik secara bidan terjun dipertanggong jawab untuk menghubungi anggota-anggota yang telah besara  berjaya juga megesan lebih kurang 250 anggota. Yang hadir cuma lebih kurang 200 anggota berserta keluarga.

Setelah semua anggota bersurai, Encik Jafar Ariff dan Isteri tiba pada jam 17.30. Walaupun lewat beliau dengan penuh semangat hadir juga, syabas diucapkan.









Veteran 3 Askar Melayu Diraja

 Jalinan Kasih Ketiga - Tasik Raban, Lenggong, Perak

Thursday, July 25, 2013

PERITEWA KALABAKAN SABAH TAHUN 1963 (KONFRONTASI DENGAN INDONESIA)

PERITEWA KALABAKAN SABAH TAHUN 1963 (KONFRONTASI DENGAN INDONESIA

 Ø£َØ´ْÙ‡َدُ اَÙ†ْ لآ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّاللهُ ÙˆَاَØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†َّ Ù…ُØ­َÙ…َّدًا رَسُÙˆْÙ„ُ اللهُ             

Peristewa Kalabakan

Manusia boleh merancang,  Allah yang  menetukan  segala prencangan manusia samaada berjaya ataupun tidak,  tergantong atas KehendakNya. Ini adalah kesah kehidupan lampau ku, suka dan duka yang telahku alami. Aku bukan seorang pengarang dan tidak pandai menukil yang terbaik tetapi aku akan berusaha yang sebaik mungkin dengan Izin Allah mudah-mudahan, InsaAllah.

 Peristewa yang tak dapat dilupakan,  kami Batalion 3 RAMD  telah membuat persiapan untuk ke Congo  mengganti Batalion yang telah cukup tempoh yang berada di Congo, kami telah diberi cuti empat belas hari.  Dikampong aku berceritalah kapada sanak suadara dan kawan-kawan yang aku akan berangkat ke Congo sehabis sahaja bercuti nanti. 

Bila habis saja cuti aku balek untuk bertugas pada masa tu Malaysia sedang menghadapi  kompertasi dengan Sukarno Perseden Indonisa mau ganyang Malaysia.  Batalion yang telah siap sedia ialah Pasukan kami,  maka dari Congo tak jadi ke Tawau Sabah menjadi ganti.

 Aku dibawah Platun 9, Platun Komander ialah Lt Gani semasa aku menulis ini dia  telahpun besara dialah yang mententeram PBT Adam di Jalan Chou Kit Kuala Lumpur pangkatnya masa itu dahpun pak Gen, dia orang Pehang telah berkhawin dengan  Fatimah Huri. 


   Pegawai Merentah (OC) Mej Zainal. Semasa itu aku dilantik sebagai tukang gunting rambut bagi C Kompeni,   adakalanya aku diminta menggunting rambut dia (OC) sebab aku ni boleh menggunting rambut, sekiranya ada masa lapang itulah kerja ku untuk mendapat pendapatan lebih sedikit,  oh ya Mej Zainal ini lah yang  terkorban di Kalabakan, Pegawai Memerintahnya (CO) pula ialah Osman Bin Rani, bukan Osman Jalani dalam ibu mertuku tu, gambar dipamir diseblah, pemerintahannya mulai Mac 1960 hingga Jul 1964.

Pada 20 Nob 1963 Batalion berangkat ke  Pelabohan Port Swthnem untuk menaiki kapal krago Kenangau,  22 Nob 1963 kapal berlepas dan belayar menuju ka Tawau Sabah. Kapal tersebut muatannya kargo, tetapi membawa ramai penumpang orang awam, bercampur dengan orang-orang bermacam  bangsa dan keturunan, Mula-mula singgah di Kucing,  Kenangau, Kota Kinabalu entah berapa tempat yang disinggah akupun sudah lupa, Sebab berlaboh untuk menurun, menaik barang-barang dan penumpang.   


Keadaan dalam kapal tiada bilik, semua penumpang termasuk kami anggota tentera lepak semacam orang awam juga diatas dek kapal, cuma mereka awam disebelah kami tentera dibahagi di sebelah. Peristewa  pelayaran dengan Kapal Kenangau dah lama sudah 49 tahun lebih kurang telah berlalu dan bermacam-macamlah masalah yang masing-masing mengelami sendiri.


Sekarang aku berumur 70 tahun lebih, maseh sehat diberi Allah, peristewa itu semasa umurku maseh 21 tahun, baru sahaja dalam tentera, maseh pangkat prebet. Gaji pada masa tu cuma RM60.00 makan tanggong.

Pada 02 Disember 1963 Batalion kami iaitu 3 RAMD berlaboh di Jeti pelabohan Tawau Sabah. Kami dibawa dengan terak ke tempat untuk dijadikan Kem. Setelah turun dari keanderaan dan semua barang-barang dan kelengkapan, apa yang aku lihat kami  dibawah pokok kelapa berhampiran Lapangan Terbang Tawau.  Bukannya barek ataupun Kemp tetapi hutan  lalang. 

Kamipun bermula lah membaut kerja tidak kira waktu untuk memasang kemah besar, tiap-tiap pelatun kenalah menyiapkan kemah masing-masing sehingga selesai.  Kami di sini adalah sementara sahaja sebelum dihantar ka lokasi masing-masing,  ikut arahan dari atasan ada platun-platun dihantar ka lokasi seperti Walesbay, Sungai Limau Sungai Melayu, termasuklah di Kalabakan, dihantar berpringkat-pringkat kerana semua melalui laut.  boat yang ada terhad.

Pada 28 Disember 1963 Platun 9 dari Kompeni C diarah siap untuk Kelabakan termasuklah aku dan kawanku dalam platun 9.  Tiba-tiba datang saorang Kpl mencari aku dan memberi arahan  besok pagi aku dikehendaki melaporkan diri diPelabohan Tawau tidak payah ke Kebalakan, manusia merancang Allah yang menentukan. Segala-segala Allah yang Punya, kita tidak dayaupaya, semuanya dengan kehendaknya.

 Pada 29 Disember 1963 selepas minum pagi kawan-kawanku berangkatlah ke Kalabakan dan aku ambil bekalan makanan tengah hari terus menaiki landrover yang sedang mendunggu untuk menghantarku ka pelabohan Tawau.

Turun sahaja diJeti  tongkang  (seperti boat Ikan tugas meyamar sebagai nelayan) Mat Saleh  (Tentera Laut British) sedang mendunggu. Bila aku naik  boat berlapaslah ke tengah laut sekiranya nampak  boat nelayan mat saleh akan menghampairi  memereksa  megeledah akulah jadi jurubahasa kapada Mat-Mat Saleh tersebut, begitulah kerjanya aku.

Bila waktu tengah hari masa rehat,  tiada nampak boat-boat mereka berlaboh dan terus terjun kedalam laut aku hiran apa mereka sedang buat, rupa-rupanya mereka mandi ditengah laut, mereka pun memangil aku “cammon John get down” mereka memanggil aku dengan nama John, aku kalau ditengah  laut memang tak pernuh madi kalau ditepi pantai biasalah, aku bukan pandai sangat bernang, lebeh-lebeh lagi ditengah laut. Tiada ada apa untuk berpaut (pegang), tetapi anak melayu pantang dicabar, aku pun terjun juga lepas itu aku naik ka boat dan lama pula baru aku terjun pula begitulah yang aku buat supaya tidak dikatakan penakut.selepas mandi laut tak beberapa lama  kamipun menjalan tugas semula. Bila sudah sampai petang kamipun balik ka pelabohan.aku terus balik Kemp.


Besoknya pada 30 Disember 1963 sekali lagi aku mengikut mereka sehingga ka petang, bila tiba diKemp kemah sebelah lapangan terbang baru aku tahu yang kawan-kawanku di Kalabakan kena serang hendap oleh TNI (Tentera Natinol Indonesia) malam tadi yang meninggal ialah: 

5415 Mej Zainal Abidin Yaacob OC aku C Kompeni,
13960 LKpl Abdullah bin Abd Rahman,
14447 Pbt Yusof bin Sulong,
14469 Pbt Samsudin bin Yasin,
11471 Pbt Ismail bin Mat,
11245 Pbt Abd Aziz bin Ghani, 
                                  13784 Pbt Ismail bin  Mansor
                                  11509 Pbt Mohd Zain bin Yaob,

semuanya lapan orang kalau tak silap aku, ada tugu yang dibina diPort Dickson Negeri Sembilan dan Tawau Sabah bagi mengingati mereka yang gugur. Semasa transit diTawau pada 24 Sept 1971.gambar sebelah, aku ada melawat tempat itu.  kita dan berdoa untuk mereka-maerka yang terkorban agar ditempatkan dikalangan para anbiya dan orang-orang yang  dicucuri rahmat. Al-fatihah.. tiap-tiap yang hidup mesti mati, tiap kejadian semuanya dengan izinNya,  manusia merancang Allah yang menentukan.

Pada malam tersebut aku kena berkawal dibilek hospital Tawau, yang aku lihat Pbt Abd Karim yang terkena peluru diperut maseh boleh bercakap darah maseh keluar bekas lubang peluru tetapi Pbt Gani tidak sedarkan diri kerana  temporong kepala pecah, yang aku dengar cerita ditempat kejadian saorang medical odely begitu cekap telah memberi bantuan kecemasan kapada yang chedera termasuklah Pbt Gani, yang dikatakan otaknya teburai keluar medical oderly masukan balek otak dan diikat dengan kain yang telah dibekalkan. Pbt Gani telah selamat, tetapi selepas itu pemikirannya tak setabil, kata orang otak tak betul.  Pbt Abd Karim orang Melaka selepas balek ke Kepala Batas dia ditugaskan sebagai Kpl Pos dalam Batalion dan yang lain nya aku tak nampak.


Disebelah pagi 31 Disember 1963 akupun balek ke

kem selepas selesai tugas, pada pagi itu bermacam-bermacam jenis kapal terbang mendarat dilapangan terbang Tawau, Rupanya Pasukan Tentera British didatangi di Hong Kong termasuk lah Tentera Gurka. Mereka datang untuk membantu Pasukan kita yang sedang menhadapi pencerobohan dari luar.


Setahu aku semua TNI yang menyerang Kabalakan dapat ditumpaskan melalui operasi bersama pasukan kita, tentera British dan Gruka tetapi memakan masa lebeh kurang sebulan. Lepas itu Pelatun aku ditempatkan di Sungai Melayu Pulau Sebatek, kami membuat rundaan dikawasan  Kampong kerana mengaja penduduk kampong yang tidak berapa ramai semasa tu dari ancaman Tentera Indonisa. Untuk pengetahwan pembaca pulau Sebatek satu pulau terbahagi dua diseblah utara  Malaysia di selatan Indonisa. Cerita semasa operasi di Tawau akan bersambong kemudian.

Mutalamat aku sebenarnya ialah supaya bekas-bekas tentera ini dapat pembilaan dan perhatian oleh pehak-pehak yang berkaitan. 
Aku sedih dan pilu bila mendapati kebanyakan anggota yang berhenti melarat kehidupannya dan dicemoh oleh musyarakat.  Aku berpangkat Serjan semasa besara  dengan pencen RM382.50 sekarang adalah lebeh kurang RM800.00. dengan duit sebanyak itu apa boleh kita buat, sedangkan bil  eletrik, bil  air   dan bil telipon semakin lama semakin tinggi, barang-barang keperluan harian semakin hari semakin meningkat naik. 

 Bila kita berhenti (besara) dari tentera kita bukan semakin muda, tetapi usia sudah lanjut, dengan umur dah lanjut, tenaga dan kudrat kita semakin kurang, bila kurang tenaga untuk membuat kerja-kerja semasa menjadi lemah.  Sebab tenaga kita sudah diperah semasa dalam tentera terlalu lasak, sepatutnya setelah  besara kita perlu berihat.  Ini tidak kerana perbelanjaan harian meningkat wang pencen tidak dapat menampung perbelanjaan harian.  Untuk berkerja Jabatan mana  yang sanggup mengambil kita sebagai pekerja?  

Baru-baru ini dekat dengan pilihan raya bermacam-macam bantuan diberi. Semasa pati pemerintah kuat janganlah diharap untuk diberi bantuan.  Setelah lima puluh tahun baru dapat pemberian RM1,000 1Malaysia jatuh satu tahun baru RM20, tuan-tuan fikir-fikirlah sendiri, jatuh tak sampai 6 sen bagi satu hari. Aku ajak kawan-kawan berfikirlah menguna akal yang diberi Allah, jangan kita dijadikan peminta sedekah.
 Jadilah orang yang bemarauh, sebagai pewira yang kental walaupun  dimakan  usia tua, Bersemagatlah seperti kita dalam tentera dulu kita boleh. Jangan lah kita jual marouh diri kita dengan wang yang tak seberapa.

Kita bekas tentera ada marauh diri, semasa berkhidmat kita menjaga marauh Negara, kita mempertahankan kedulatan Negara, supaya tidak dicurubohi.  Segala-gala kita hadapi, berkorban untuk Negara, tetapi apa balasan setelah besara (berhenti), bekas tentera tidak dipandang langsung, semacam kucing kurap sahaja, hendak sebut bekas tenterapun rasa malu bila orang bertanya. 

Sedangkan anak-anak menteri buka satu syarikat gaji bulanan dua tiga puluh ribu, buat bisnes terus-terus di atas, merka rugi,  bank yang tanggong sudah-sudah BBMB hilang, tidak tahu kubornya yang jadi mangsa pekerja yang jujur seperti Jalil Ibrahim mati di Hong Kong siapakah dibelakang kes ini sampai sekarang kita tak tahu.

Sekiranya menteri dapat komsin dari  satu-satu pembelian kerjaan tidak apa, tetapi kalau orang bawah ini rasuah SPRM cepat-cepat buka kes, kalau menteri orang membuat laporan orang itu akan di kenakan tindakan undang-undang,  kerana Rashia Resmi Kerjaan kunun.  Begitu pula dengan subsidi kepada Rakyat ini terlalu besar diwar-warkan seluruh Dunia melalui TV dan akhbar. Tetapi kepada keroni dinamakan intisif sebab banyak senyap saja.

Begitu juga kita yang berhutang PPTN kena bayar, menteri kata tiap-tiap hutang mesti dibayar, tetapi Tajudin Ramli beratus juta kerjaan boleh dimasuhkan tidak payah dibayar. Hutang PPTN bagi rakyat meskin perlu dibayar. Inilah kerjaan yang perhatin, untuk membela nasib orang-orang melayu, memang baik tiada kerjaan di dunia yang dapat membela nasib bangsa seperti kerjaan Malaysia kita.

Apa tidaknya berapa banyak orang-orang melayu yang tersenarai kekayaan mereka. Siapakah mereka?  Anak siapakah mereka? Adek siapa mereka? Siapakah yang mereka kenal? Bangsa melayu seperti merekalah yang dapat keistemiwa.  Bukan anak bekas Sjn Adam yang besara? atau anak bekas Kpl Mehat yang telah berhenti dari tentera? Melayu beginilah yang dibela oleh mereka, bukan melayu seperti kita, inilah nasib bangsaku.

Orang macam kita untuk mendapatkan  pinjaman kewangan empat lima puluh ribu bagi menjalankan pernagiaan memang susah, lebih-libih lagi dengan tiada ada cagaran. Bagi orang-orang politik, siapa yang mereka kenal, cukup mudah dapat pinjaman, contoh pernigaan lembu saja boleh dapat pinjaman dua ratus lima puluh juta RM. Dengan kadar fedah 2% saja, dengan sayarat-sayarat pinjaman yang longar. 

Orang politik bila dilantik jadi Menteri satu penggal (lima tahun) buat  rumah berjuta-juta, kalau hendak dikira gaji lima tahun tak makan wang tak akan dapat untuk membina rumah tersebut., mungkin aku silap mereka  pandai menabung sejak dilahirkan,  yang kita tidak pandai menabung kelau pandai bukannya setakat rumah berharga  dua tiga juta cincin yang berharga jutapun dapat kita beli.  


Tiap-tiap kali harga kawalan naik seperti tepong, gula, minyak masak, petrol dan desil rakyat yang berniagaan makanan dan yang berkaitan diberi amaran oleh menteri  agar jangan dinaikan harga jualan kerana kenaikan barang kawalan adalah berpatuan dan tidak membebankan rayak, yang seronoknya ada menteri kata ayam naik kita pulau, kalau harga gula naik kita kurangkan supaya tidak kena kencing manis, minyak masak naik kurangkan untuk mengelak kelostrol, api eletrik naik supaya kita dapat bercermat, mermacam-macam lagi alasan untuk memperbodohkan kita. Maka keluarlah muka-muka tukang karut yang mengampu dari orang awam hinggalah Penysarah yang berkelulusan Phd  dalam TV dan berita memuji Pemerintah yang pandai menguruskan ekonomi. Hutang Negara yang masih kita tanggong sehingga kini lebih RM600 belian lebih inikah yang dikatakan pandai mengurus? adakah cerita ini keluar di TV? mengapa? oh Malaysiaku yang tercinta. Malaysia boleh.



Akan bersambong....