PERITEWA KALABAKAN SABAH TAHUN 1963 (KONFRONTASI DENGAN INDONESIA
Ø£َØ´ْÙ‡َدُ اَÙ†ْ لآ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ
Ø¥ِلاَّاللهُ ÙˆَاَØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†َّ Ù…ُØَÙ…َّدًا رَسُÙˆْÙ„ُ اللهُ
Peristewa Kalabakan
Manusia boleh merancang,
Allah yang menetukan segala prencangan manusia samaada berjaya
ataupun tidak, tergantong atas
KehendakNya. Ini adalah kesah kehidupan lampau ku, suka dan duka yang telahku
alami. Aku bukan seorang pengarang dan tidak pandai menukil yang terbaik tetapi
aku akan berusaha yang sebaik mungkin dengan Izin Allah mudah-mudahan, InsaAllah.
Peristewa yang tak
dapat dilupakan, kami Batalion 3 RAMD telah membuat persiapan untuk ke Congo mengganti Batalion yang telah cukup tempoh yang berada di Congo, kami telah
diberi cuti empat belas hari. Dikampong
aku berceritalah kapada sanak suadara dan kawan-kawan yang aku akan berangkat
ke Congo sehabis sahaja bercuti nanti.
Bila
habis saja cuti aku balek untuk bertugas pada masa tu Malaysia sedang
menghadapi kompertasi dengan Sukarno
Perseden Indonisa mau ganyang Malaysia.
Batalion yang telah siap sedia ialah Pasukan kami, maka dari Congo tak jadi ke Tawau Sabah menjadi
ganti.
Aku dibawah Platun
9, Platun Komander ialah Lt Gani semasa aku menulis ini dia telahpun besara dialah yang mententeram PBT
Adam di Jalan Chou Kit Kuala Lumpur pangkatnya masa itu dahpun pak Gen, dia
orang Pehang telah berkhawin dengan Fatimah Huri.
Pegawai Merentah (OC) Mej Zainal. Semasa itu aku
dilantik sebagai tukang gunting rambut bagi C Kompeni, adakalanya aku diminta menggunting rambut dia (OC)
sebab aku ni boleh menggunting rambut, sekiranya ada masa lapang itulah kerja
ku untuk mendapat pendapatan lebih sedikit,
oh ya Mej Zainal ini lah yang terkorban di Kalabakan, Pegawai Memerintahnya (CO) pula ialah Osman Bin Rani, bukan Osman Jalani dalam ibu mertuku tu, gambar
dipamir diseblah, pemerintahannya mulai Mac 1960 hingga Jul 1964.
Pada 20 Nob 1963 Batalion berangkat ke Pelabohan Port Swthnem untuk menaiki kapal krago
Kenangau, 22 Nob 1963 kapal berlepas dan
belayar menuju ka Tawau Sabah. Kapal tersebut muatannya kargo, tetapi membawa
ramai penumpang orang awam, bercampur dengan orang-orang bermacam bangsa dan keturunan, Mula-mula singgah di
Kucing, Kenangau, Kota Kinabalu entah
berapa tempat yang disinggah akupun sudah lupa, Sebab berlaboh untuk menurun,
menaik barang-barang dan penumpang.
Keadaan dalam kapal tiada bilik, semua penumpang termasuk kami anggota
tentera lepak semacam orang awam juga diatas dek kapal, cuma mereka awam disebelah
kami tentera dibahagi di sebelah. Peristewa pelayaran dengan Kapal Kenangau dah lama sudah
49 tahun lebih kurang telah berlalu dan bermacam-macamlah masalah yang masing-masing mengelami sendiri.
Sekarang aku berumur 70 tahun lebih, maseh sehat diberi
Allah, peristewa itu semasa umurku maseh 21 tahun, baru sahaja dalam tentera,
maseh pangkat prebet. Gaji pada masa tu cuma RM60.00 makan tanggong.
Pada 02 Disember 1963 Batalion kami iaitu 3 RAMD berlaboh
di Jeti pelabohan Tawau Sabah. Kami dibawa dengan terak ke tempat untuk
dijadikan Kem. Setelah turun dari keanderaan dan semua barang-barang dan
kelengkapan, apa yang aku lihat kami dibawah
pokok kelapa berhampiran Lapangan Terbang Tawau. Bukannya barek ataupun Kemp tetapi hutan lalang.
Kamipun bermula lah membaut kerja tidak kira waktu untuk
memasang kemah besar, tiap-tiap pelatun kenalah menyiapkan kemah masing-masing
sehingga selesai. Kami di sini adalah
sementara sahaja sebelum dihantar ka lokasi masing-masing, ikut arahan dari atasan ada platun-platun
dihantar ka lokasi seperti Walesbay, Sungai Limau Sungai Melayu, termasuklah di
Kalabakan, dihantar berpringkat-pringkat kerana semua melalui laut. boat yang ada terhad.
Pada 28 Disember 1963 Platun 9 dari Kompeni C diarah siap
untuk Kelabakan termasuklah aku dan kawanku dalam platun 9. Tiba-tiba datang saorang Kpl mencari aku dan
memberi arahan besok pagi aku
dikehendaki melaporkan diri diPelabohan Tawau tidak payah ke Kebalakan, manusia
merancang Allah yang menentukan. Segala-segala Allah yang Punya, kita tidak dayaupaya, semuanya dengan kehendaknya.
Pada 29 Disember
1963 selepas minum pagi kawan-kawanku berangkatlah ke Kalabakan dan aku ambil
bekalan makanan tengah hari terus menaiki landrover yang sedang mendunggu untuk
menghantarku ka pelabohan Tawau.
Turun sahaja diJeti
tongkang (seperti boat Ikan tugas
meyamar sebagai nelayan) Mat Saleh (Tentera
Laut British) sedang mendunggu. Bila aku naik
boat berlapaslah ke tengah laut sekiranya nampak boat nelayan mat saleh akan menghampairi memereksa
megeledah akulah jadi jurubahasa kapada Mat-Mat Saleh tersebut,
begitulah kerjanya aku.
Bila waktu tengah hari masa rehat, tiada nampak boat-boat mereka berlaboh dan
terus terjun kedalam laut aku hiran apa mereka sedang buat, rupa-rupanya mereka
mandi ditengah laut, mereka pun memangil aku “cammon John get down” mereka
memanggil aku dengan nama John, aku kalau ditengah laut memang tak pernuh madi kalau ditepi
pantai biasalah, aku bukan pandai sangat bernang, lebeh-lebeh lagi ditengah
laut. Tiada ada apa untuk berpaut (pegang), tetapi anak melayu pantang dicabar,
aku pun terjun juga lepas itu aku naik ka boat dan lama pula baru aku terjun
pula begitulah yang aku buat supaya tidak dikatakan penakut.selepas mandi laut tak
beberapa lama kamipun menjalan tugas
semula. Bila sudah sampai petang kamipun balik ka pelabohan.aku terus balik
Kemp.
Besoknya
pada 30 Disember 1963 sekali lagi aku mengikut mereka sehingga ka petang, bila
tiba diKemp kemah sebelah lapangan terbang baru aku tahu yang kawan-kawanku di
Kalabakan kena serang hendap oleh TNI (Tentera Natinol Indonesia) malam tadi
yang meninggal ialah:
5415 Mej Zainal Abidin Yaacob OC aku C Kompeni,
13960 LKpl Abdullah bin Abd Rahman,
14447 Pbt
Yusof bin Sulong,
14469 Pbt Samsudin bin Yasin,
11471 Pbt Ismail bin Mat,
11245 Pbt Abd Aziz bin Ghani,
13784 Pbt Ismail bin Mansor
11509 Pbt Mohd Zain bin Yaob,
semuanya lapan orang kalau tak silap aku, ada tugu yang dibina diPort Dickson Negeri Sembilan dan Tawau Sabah bagi
mengingati mereka yang gugur. Semasa transit diTawau pada 24 Sept 1971.gambar
sebelah, aku ada melawat tempat itu. kita dan berdoa untuk mereka-maerka yang terkorban agar ditempatkan dikalangan para anbiya dan
orang-orang yang dicucuri rahmat. Al-fatihah..
tiap-tiap yang hidup mesti mati, tiap kejadian semuanya dengan izinNya, manusia merancang Allah yang menentukan.
Pada
malam tersebut aku kena berkawal dibilek hospital Tawau, yang aku lihat Pbt Abd
Karim yang terkena peluru diperut maseh boleh bercakap darah maseh keluar bekas
lubang peluru tetapi Pbt Gani tidak sedarkan diri kerana temporong kepala pecah, yang aku dengar cerita
ditempat kejadian saorang medical odely begitu cekap telah memberi bantuan
kecemasan kapada yang chedera termasuklah Pbt Gani, yang dikatakan otaknya teburai
keluar medical oderly masukan balek otak dan diikat dengan kain yang telah
dibekalkan. Pbt Gani telah selamat, tetapi selepas itu pemikirannya tak
setabil, kata orang otak tak betul. Pbt
Abd Karim orang Melaka selepas balek ke Kepala Batas dia ditugaskan sebagai Kpl
Pos dalam Batalion dan yang lain nya aku tak nampak.
Disebelah pagi 31 Disember 1963 akupun balek ke
kem
selepas selesai tugas, pada pagi itu bermacam-bermacam jenis kapal terbang
mendarat dilapangan terbang Tawau, Rupanya Pasukan Tentera British didatangi di
Hong Kong termasuk lah Tentera Gurka. Mereka datang untuk membantu Pasukan kita
yang sedang menhadapi pencerobohan dari luar.
Setahu aku semua TNI yang menyerang Kabalakan dapat
ditumpaskan melalui operasi bersama pasukan kita, tentera British dan Gruka tetapi
memakan masa lebeh kurang sebulan. Lepas itu Pelatun aku ditempatkan di Sungai
Melayu Pulau Sebatek, kami membuat rundaan dikawasan Kampong kerana mengaja penduduk kampong yang
tidak berapa ramai semasa tu dari ancaman Tentera Indonisa. Untuk pengetahwan
pembaca pulau Sebatek satu pulau terbahagi dua diseblah utara Malaysia di selatan Indonisa. Cerita semasa
operasi di Tawau akan bersambong kemudian.
Mutalamat aku sebenarnya ialah supaya bekas-bekas tentera
ini dapat pembilaan dan perhatian oleh pehak-pehak yang berkaitan.
Aku sedih dan pilu bila mendapati kebanyakan
anggota yang berhenti melarat kehidupannya dan dicemoh oleh musyarakat. Aku berpangkat Serjan semasa besara dengan pencen RM382.50 sekarang adalah lebeh
kurang RM800.00. dengan duit sebanyak itu apa boleh kita buat, sedangkan bil eletrik, bil
air dan bil telipon semakin lama semakin tinggi, barang-barang keperluan harian semakin
hari semakin meningkat naik.
Bila kita berhenti (besara) dari tentera kita bukan semakin muda, tetapi usia sudah lanjut, dengan umur dah lanjut, tenaga dan kudrat kita semakin kurang, bila kurang tenaga untuk membuat kerja-kerja semasa menjadi lemah. Sebab tenaga kita sudah diperah semasa dalam tentera terlalu lasak, sepatutnya setelah besara kita perlu berihat. Ini tidak kerana perbelanjaan harian meningkat wang pencen tidak dapat menampung perbelanjaan harian. Untuk berkerja Jabatan mana yang sanggup mengambil kita sebagai pekerja?
Baru-baru ini dekat dengan pilihan raya bermacam-macam bantuan diberi. Semasa pati pemerintah kuat janganlah diharap untuk diberi bantuan. Setelah lima puluh tahun baru dapat pemberian RM1,000 1Malaysia jatuh satu tahun baru RM20, tuan-tuan fikir-fikirlah sendiri, jatuh tak sampai 6 sen bagi satu hari. Aku ajak kawan-kawan berfikirlah menguna akal yang diberi Allah, jangan kita dijadikan peminta sedekah.
Jadilah orang yang bemarauh, sebagai pewira yang kental walaupun dimakan usia tua, Bersemagatlah seperti kita dalam tentera dulu kita boleh. Jangan lah kita jual marouh diri kita dengan wang yang tak seberapa.
Kita bekas tentera ada marauh diri, semasa berkhidmat kita menjaga marauh Negara, kita mempertahankan kedulatan Negara, supaya tidak dicurubohi. Segala-gala kita hadapi, berkorban untuk Negara, tetapi apa balasan setelah besara (berhenti), bekas tentera tidak dipandang langsung, semacam kucing kurap sahaja, hendak sebut bekas tenterapun rasa malu bila orang bertanya.
Sedangkan anak-anak menteri buka satu syarikat gaji
bulanan dua tiga puluh ribu, buat bisnes terus-terus di atas, merka rugi, bank
yang tanggong sudah-sudah BBMB hilang, tidak tahu kubornya yang jadi mangsa
pekerja yang jujur seperti Jalil Ibrahim mati di Hong Kong siapakah dibelakang
kes ini sampai sekarang kita tak tahu.
Sekiranya menteri dapat komsin dari satu-satu pembelian kerjaan tidak apa, tetapi
kalau orang bawah ini rasuah SPRM cepat-cepat buka kes, kalau menteri orang membuat laporan orang itu akan di kenakan tindakan undang-undang, kerana
Rashia Resmi Kerjaan kunun. Begitu pula
dengan subsidi kepada Rakyat ini terlalu besar diwar-warkan seluruh Dunia
melalui TV dan akhbar. Tetapi kepada keroni dinamakan intisif sebab banyak
senyap saja.
Begitu juga kita yang berhutang PPTN kena bayar, menteri kata tiap-tiap hutang mesti dibayar, tetapi Tajudin Ramli beratus juta kerjaan boleh dimasuhkan tidak payah dibayar. Hutang PPTN bagi rakyat meskin perlu dibayar. Inilah kerjaan yang perhatin, untuk membela nasib orang-orang melayu, memang baik tiada kerjaan di dunia yang dapat membela nasib bangsa seperti kerjaan Malaysia kita.
Apa tidaknya berapa banyak orang-orang melayu yang tersenarai kekayaan mereka. Siapakah mereka? Anak siapakah mereka? Adek siapa mereka? Siapakah yang mereka kenal? Bangsa melayu seperti merekalah yang dapat keistemiwa. Bukan anak bekas Sjn Adam yang besara? atau anak bekas Kpl Mehat yang telah berhenti dari tentera? Melayu beginilah yang dibela oleh mereka, bukan melayu seperti kita, inilah nasib bangsaku.
Orang macam kita untuk mendapatkan pinjaman kewangan empat lima puluh ribu bagi menjalankan pernagiaan memang susah, lebih-libih lagi dengan tiada ada cagaran. Bagi orang-orang politik, siapa yang mereka kenal, cukup mudah dapat pinjaman, contoh pernigaan lembu saja boleh dapat pinjaman dua ratus lima puluh juta RM. Dengan kadar fedah 2% saja, dengan sayarat-sayarat pinjaman yang longar.
Orang politik bila dilantik jadi Menteri satu penggal
(lima tahun) buat rumah berjuta-juta, kalau hendak dikira gaji lima
tahun tak makan wang tak akan dapat untuk membina rumah tersebut., mungkin aku silap
mereka pandai menabung sejak dilahirkan,
yang kita tidak pandai menabung kelau
pandai bukannya setakat rumah berharga
dua tiga juta cincin yang berharga jutapun dapat kita beli.
Tiap-tiap kali harga kawalan naik seperti tepong, gula,
minyak masak, petrol dan desil rakyat yang berniagaan makanan dan yang
berkaitan diberi amaran oleh menteri agar
jangan dinaikan harga jualan kerana kenaikan barang kawalan adalah berpatuan
dan tidak membebankan rayak, yang seronoknya ada menteri kata ayam naik kita pulau, kalau harga gula naik kita kurangkan supaya tidak kena kencing manis, minyak masak naik kurangkan untuk mengelak kelostrol, api eletrik naik supaya kita dapat bercermat, mermacam-macam lagi alasan untuk memperbodohkan kita. Maka keluarlah muka-muka tukang karut yang mengampu dari orang
awam hinggalah Penysarah yang berkelulusan Phd dalam TV dan berita memuji Pemerintah yang
pandai menguruskan ekonomi. Hutang Negara yang masih kita tanggong sehingga kini lebih RM600 belian lebih inikah yang dikatakan pandai mengurus? adakah cerita ini keluar di TV? mengapa? oh Malaysiaku yang tercinta. Malaysia boleh.
Akan bersambong....