Title

Selamat datang ke Ex 3 RAMD (Utara). Pesanan admin kapada kawan-kawan semua selalulah melawati blog ini kalau hendak melihat gambar semasa dulu-dulu. Gambar- telah ditambah di post-post yang berkaitan.

Tajuk Utama

Masihkah Ingat

Terkenang Masa lalu Lawatan Ceramah Kunjungan


Malaysia :

Thursday, December 12, 2013

Jalinan Kaseh Kedua Sqd 145



JALINAN KASEH SQUAD 145 KALI KEDUA ALUMNI 3 RAMD

Pada mulanya telah dicadangkan untuk membuat satu perjumpaan Jalinan Kaseh diantara squad
145 dirumah Hj Cik Ahmad Hussein.  Dipersetujui oleh Hj Osman Husain (Balak) dan diberi tahu
kapada Hj Osman Mahmud PJK sebagai Setiausaha untuk menghubungi squad-squad dan
tarikah telah ditetapkan.

Aturcara mejlis telah dirancangkan oleh Hj Osman (Balak) dan Hj Osman PJK. Pada 02
Nobember 2013 bersamaan hari Sabtu jam 330 petang semua yang hdzir berkumpul dirumah Hj Cik Ahmad Hussein untuk taklimat seterusnya. Selepas taklimat minum tea dan jamuan ringgan diadakan.

Solat Magrib diadakan dirumah Hj Cik Ahmad seterusnya bacaan Yasin dan Tahalil, selepas itu
Solat Isa diteruskan. Selesai solat Isa semua tetamu dijemput makan malan yang telah dihidangkan.

Dianggarkan anggota squad dan keluarga akan hadzir seramai lima puluh ke enam puluh
orang termasuk keluarga yang diberitahu oleh urustia. Persediaan makan dan minum telah
disedia kan oleh tuan rumah, termasuk orang-orang kampong dan pekerja C.A.H Enterprise
(Perlis) Sdn Bhd.

Anggota squad yang hadzir cuma lima orang sahaja:
Hj Osman Husein dan keluarga
Hj Osman Mahamud dan keluarga
Hj Mansor Ahmad dan keluarga
Hj Sanusi Mat Sain dan keluarga
Hj Hasan Saleh

Selain dari anggota squd dua orang adalah bekas 3 RAMD iaitu;

Jahaya bin Ahmad (13779) dan
Mokhtar bin Hasan (Lebai Brus)

Semua anggota squad telah bermalam dirumah Hj Cik Ahmad Hussein kecuali Hj Sanusi telah
tempah bilek dihome stay.  Pada malam itu berbagai-bagai kesah dan cerita diluahkan oleh
yang hadzir.  Kemeseraan diantarra yang hadzir begitu mesra dan mengharukan kerana berpuluh
tahun tidak berjumpa muka.

Kesokan hari selepas sarapan pagi semua anggota berangkat pulang ka lokasi masing-masin.
Walaupun kehadziran tidak berapa orang tetapi mutalamat Jalinan Kaseh telah berjaya.

Semasa Rec di Port Dickson 1960
Begambar beramai-ramai semasa latihan rek di Port Dickson Negeri 9,  ini semua adalah dari sqd  145 sehingga 146