Peristiwa Kalabakan
Manusia boleh merancang, Allah yang menetukan sgala prencangan manusia samaada berjaya ataupun tidak, tergantong atas KehendakNya. Ini adalah kesah kehidupan lampau ku, suka dan duka yang telahku alami. Aku bukan seorang pengarang dan tidak pandai menukil yang terbaik tetapi aku akan berusaha yang sebaik mungkin dengan Izin Allah mudah-mudahan, InsaAllah.
Peristewa yang tak dapat dilupakan, kami Batalion 3 RAMD telah membuat persiapan untuk ke Congo mengganti Batalion yang telah cukup tempoh yang berada di Congo, kami telah diberi cuti empat belas hari. Dikampong aku berceritalah kapada sanak suadara dan kawan-kawan yang aku akan berangkat ke Congo sehabis sahaja bercuti nanti.
Bila habis saja cuti aku balek untuk bertugas pada masa tu Malaysia sedang menghadapi kompertasi dengan Sukarno Perseden Indonesia mau ganyang Malaysia. Batalion yang telah siap sedia ialah Pasukan kami 3 RAMD, maka dari Congo tak jadi ke Tawau Sabah menjadi ganti.
Aku dibawah Platun 9, Platun Komander ialah Lt Gani semasa aku menulis ini dia telahpun besara dialah yang mententeram PBT Adam di Jalan Chou Kit Kuala Lumpur pangkatnya masa itu dahpun pak Gen, dia orang Pehang telah berkhawin dengan Fatimah Huri.
Pegawai Merentah (OC) Mej Zainal. Semasa itu aku dilantik sebagai tukang gunting rambut bagi C Kompeni, adakalanya aku diminta menggunting rambut dia (OC) sebab aku ni boleh menggunting rambut, sekiranya ada masa lapang itulah kerja ku untuk mendapat pendapatan lebih sedikit, oh ya Mej Zainal ini lah yang terkorban di Kalabakan, Pegawai Memerintahnya (CO) pula ialah Osman Bin Rani, bukan Osman Jalani dalam ibu mertuku tu, gambar dipamir diseblah, pemerintahannya mulai Mac 1960 hingga Jul 1964.
Lt Kol Othman Rani |
Pada 20 Nob 1963 Batalion berangkat ke Port Swettenham sekarang Pelabuhan Kelang untuk menaiki kapal krago Kenangau, 22 Nob 1963 kapal berlepas dan belayar menuju ka Tawau Sabah. Kapal tersebut muatannya kargo, tetapi membawa ramai penumpang orang awam, bercampur dengan orang-orang bermacam bangsa dan keturunan, Mula-mula singgah di Kucing, Kenangau, Kota Kinabalu entah berapa tempat yang disinggah akupun sudah lupa, Sebab berlaboh untuk menurun, menaik barang-barang dan penumpang.
Keadaan dalam kapal tiada bilik, semua penumpang termasuk kami anggota tentera lepak semacam orang awam juga diatas dek kapal, cuma mereka awam disebelah kami tentera dibahagi di sebelah. Peristewa pelayaran dengan Kapal Kenangau dah lama sudah 49 tahun lebih kurang telah berlalu dan bermacam-macamlah masalah yang masing-masing mengelami sendiri.
Sekarang aku berumur 75 tahun lebih, maseh sehat diberi Allah, peristewa itu semasa umurku maseh 21 tahun, baru sahaja dalam tentera, maseh pangkat prebet. Gaji pada masa tu cuma RM60.00 makan tanggong.
Pada 02 Disember 1963 Batalion kami iaitu 3 RAMD berlaboh di Jeti pelabohan Tawau Sabah. Kami dibawa dengan terak ke tempat untuk dijadikan Kem. Setelah turun dari keanderaan dan semua barang-barang dan kelengkapan, apa yang aku lihat kami dibawah pokok kelapa berhampiran Lapangan Terbang Tawau. Bukannya barek ataupun Kemp tetapi hutan lalang.
Kamipun bermula lah membaut kerja tidak kira waktu untuk memasang kemah besar, tiap-tiap pelatun kenalah menyiapkan kemah masing-masing sehingga selesai. Kami di sini adalah sementara sahaja sebelum dihantar ka lokasi masing-masing, ikut arahan dari atasan ada platun-platun dihantar ka Pulau Sebatic yang dibahagi dua dengan Indonesia lokasi seperti Walesbay, Sungai Limau dan Sungai Melayu,Kalabakan pula ditanah besar bukan pulau, anggota dihantar berpringkat-pringkat kerana semua melalui laut. boat yang ada terhad.
Tiga gambar ini mereka-mereka yg terlibat dlm petempuran |
Pada 29 Disember 1963 selepas minum pagi Platun 9 dari C Kompeni yang di Ketui Mej Zainal begerak dari Kem semantera sebelah Lapang Terbang Tawau menuju ke Platun 1 A kompeni yang sedia ada di Kalabakan bagi memperkuatkan kekuatan sub unit yang sedia ada.
Termasuklah aku dan kawanku dalam platun 9. Tiba-tiba datang saorang Kpl mencari aku dan memberi arahan besok pagi aku dikehendaki melaporkan diri diPelabohan Tawau tidak payah ke Kebalakan, manusia merancang Allah yang menentukan. Segala-segala Allah yang Punya, kita tidak dayaupaya, semuanya dengan kehendaknya.
Pada 29 Disember 1963 selepas minum pagi kawan-kawanku berangkatlah ke Kalabakan dan aku ambil bekalan makanan tengah hari terus menaiki landrover yang sedang mendunggu untuk menghantarku ka pelabohan Tawau.
Turun sahaja diJeti tongkang (seperti boat Ikan tugas meyamar sebagai nelayan) Mat Saleh (Tentera Laut British) sedang mendunggu. Bila aku naik boat berlapaslah ke tengah laut sekiranya nampak boat nelayan mat saleh akan menghampairi memereksa megeledah akulah jadi jurubahasa kapada Mat-Mat Saleh tersebut, begitulah kerjanya aku.
Bila waktu tengah hari masa rehat, tiada nampak boat-boat mereka berlaboh dan terus terjun kedalam laut aku hiran apa mereka sedang buat, rupa-rupanya mereka mandi ditengah laut, mereka pun memangil aku “cammon John get down” mereka memanggil aku dengan nama John, aku kalau ditengah laut memang tak pernuh madi kalau ditepi pantai biasalah, aku bukan pandai sangat bernang, lebeh-lebeh lagi ditengah laut. Tiada ada apa untuk berpaut (pegang), tetapi anak melayu pantang dicabar, aku pun terjun juga lepas itu aku naik ka boat dan lama pula baru aku terjun pula begitulah yang aku buat supaya tidak dikatakan penakut.selepas mandi laut tak beberapa lama kamipun menjalan tugas semula. Bila sudah sampai petang kamipun balik ka pelabohan.aku terus balik Kemp.
Besoknya pada 30 Disember 1963 sekali lagi aku mengikut mereka sehingga ka petang, bila tiba diKemp kemah sebelah lapangan terbang baru aku tahu yang kawan-kawanku di Kalabakan kena serang hendap oleh TNI (Tentera Natinol Indonesia) malam tadi yang meninggal 5415 Mej Zainal Abidin Yaacob OC aku C Kompeni, 13960 Las Kpl Abdullah Bin Abd Rahman, 14447 Pbt Yusof Bin Sulong, 14469 Pbt Samsudin Bin Yasin, 13784 Pbt Ismail Bin Mansor, 11245 Pbt Abd Aziz Bin Ghani, 11471 Pbt Ismail Mat dan 11509 Pbt Mohd Zain Bin Yaob, semuanya lapan orang kalau tak silap aku.
Peristiwa pada malam 29 Disember 1963 menjadi titik hitam dalam lipatan sejarah Batalion Ke 3 RAMD terutama bagi Platun 1 A kompeni dan Palatun 9 C Kompeni yangmana Pasukan TNI ini mengambil kesempatan ketika waktu Isyak, kebanyakan anggota sedang mununaikan solat Isyak di madrasah pos.
Ada tugu yang dibina di Tawau Sabah bagi mengingati mereka yang gugur semasa transit diTawau pada 24 Sept 1971.gambar sebelah, aku ada melawat tempat itu. kita bedoa mereka-maerka yang terkorban ditempatkan dikalangan para anbiya dan orang-orang yang dan dicucuri rahmat. Al-fatihah.. tiap-tiap yang hidup mesti mati, tiap kejadian semuanya dengan izinNya, manusia merancang Allah yang menentukan.

Tugu di Tawau Sabah |

Yang cedra 1 |
Yang cedra 2 |
Nama-nama yang cedera, PWII Awaluddin, Sjn Abd Aziz, LKpl Osman, LKpl Isa, Pbt Che Amat, Pbt Abd Karim, Pbt Abdul Ghani, Pbt Bidin, Pbt Mat Saad, Pbt Mat Sa'at, Pbt Yahaya, Pbt Abdul Wahab, Pbt Arifin, Pbt Shukri, Pbt Mohamad Arafah, Pbt Mohd Nor Pbt Yacob dan Pbt Mohd Nafiah
Disebelah pagi 31 Disember 1963 akupun balek ke kem selepas selesai tugas, pada pagi itu bermacam-bermacam jenis kapal terbang mendarat dilapangan terbang Tawau, Rupanya Pasukan Tentera British didatangi di Hong Kong termasuk lah Tentera Gurka. Mereka datang untuk membantu Pasukan kita yang sedang menhadapi pencerobohan dari luar.
Cedra ringgan |
Setahu aku semua TNI yang menyerang Kabalakan dapat ditumpaskan melalui operasi bersama pasukan kita, tentera British dan Gruka tetapi memakan masa lebeh kurang sebulan. Lepas itu Pelatun aku ditempatkan di Sungai Melayu Pulau Sebatek, kami membuat rundaan dikawasan Kampong kerana mengaja penduduk kampong yang tidak berapa ramai semasa tu dari ancaman Tentera Indonisa. Untuk pengetahwan pembaca pulau Sebatek satu pulau terbahagi dua diseblah utara Malaysia di selatan Indonisa.
KEHIDUPAN BEKAS TENTERA SELAPAS BESARA
Mutalamat aku sebenarnya ialah supaya bekas-bekas tentera ini dapat pembilaan dan perhatian oleh pehak-pehak yang berkaitan. Aku sedih dan pilu bila mendapati kebanyakan anggota yang berhenti melarat kehidupannya dan dicemoh oleh musyarakat. Aku berpangkat Serjan semasa besara dengan pencen RM382.50 sekarang adalah lebeh kurang RM900.00. dengan duit sebanyak itu apa boleh kita buat, sedangkan bil eletrik, bil air dan bil telipon semakin lama semakin tinggi, barang-barang keperluan harian semakin hari semakin meningkat naik dan GST pula 6%.
Bila kita berhenti (besara) dari tentera kita bukan semakin muda, tetapi usia sudah lanjut, dengan umur dah lanjut, tenaga dan kudrat kita semakin kurang, bila kurang tenaga untuk membuat kerja-kerja semasa menjadi lemah. Sebab tenaga kita sudah diperah semasa dalam tentera terlalu lasak, sepatutnya setelah besara kita perlu berihat. Ini tidak kerana perbelanjaan harian meningkat wang pencen tidak dapat menampung perbelanjaan harian. Untuk berkerja Jabatan mana yang sanggup mengambil kita sebagai pekerja?
Baru-baru ini dekat dengan pilihan raya bermacam-macam bantuan diberi. Semasa pati pemerintah kuat janganlah diharap untuk diberi bantuan. Setelah lima puluh tahun baru dapat pemberian RM1,000 1Malaysia jatuh satu tahun baru RM20, tuan-tuan fikir-fikirlah sendiri, jatuh tak sampai 6 sen bagi satu hari. Aku ajak kawan-kawan berfikirlah menguna akal yang diberi Allah, jangan kita dijadikan peminta sedekah. Jadilah orang yang bemarauh, sebagai pewira yang kental walaupun dimakan usia tua, Bersemagatlah seperti kita dalam tentera dulu kita boleh. Jangan lah kita jual marouh diri kita dengan wang yang tak seberapa.
Kita bekas tentera ada marauh diri, semasa berkhidmat kita menjaga marauh Negara, kita mempertahankan kedulatan Negara, supaya tidak dicurubohi. Segala-gala kita hadapi, berkorban untuk Negara, tetapi apa balasan setelah besara (berhenti), bekas tentera tidak dipandang langsung, semacam kucing kurap sahaja, hendak sebut bekas tenterapun rasa malu bila orang bertanya, aku pernah dengar orang megata "berhenti Askar gabuh punkok" loret utara bermaksud "sapu pungong" apapun tiada..
Bila kita berhenti (besara) dari tentera kita bukan semakin muda, tetapi usia sudah lanjut, dengan umur dah lanjut, tenaga dan kudrat kita semakin kurang, bila kurang tenaga untuk membuat kerja-kerja semasa menjadi lemah. Sebab tenaga kita sudah diperah semasa dalam tentera terlalu lasak, sepatutnya setelah besara kita perlu berihat. Ini tidak kerana perbelanjaan harian meningkat wang pencen tidak dapat menampung perbelanjaan harian. Untuk berkerja Jabatan mana yang sanggup mengambil kita sebagai pekerja?
Baru-baru ini dekat dengan pilihan raya bermacam-macam bantuan diberi. Semasa pati pemerintah kuat janganlah diharap untuk diberi bantuan. Setelah lima puluh tahun baru dapat pemberian RM1,000 1Malaysia jatuh satu tahun baru RM20, tuan-tuan fikir-fikirlah sendiri, jatuh tak sampai 6 sen bagi satu hari. Aku ajak kawan-kawan berfikirlah menguna akal yang diberi Allah, jangan kita dijadikan peminta sedekah. Jadilah orang yang bemarauh, sebagai pewira yang kental walaupun dimakan
Kita bekas tentera ada marauh diri, semasa berkhidmat kita menjaga marauh Negara, kita mempertahankan kedulatan Negara, supaya tidak dicurubohi. Segala-gala kita hadapi, berkorban untuk Negara, tetapi apa balasan setelah besara (berhenti), bekas tentera tidak dipandang langsung, semacam kucing kurap sahaja, hendak sebut bekas tenterapun rasa malu bila orang bertanya, aku pernah dengar orang megata "berhenti Askar gabuh punkok" loret utara bermaksud "sapu pungong" apapun tiada..
Sedangkan anak-anak menteri buka satu syarikat gaji bulanan dua tiga puluh ribu, buat bisnes terus-terus di atas, merka rugi, bank yang tanggong sudah-sudah BBMB hilang, tidak tahu kubornya yang jadi mangsa pekerja yang jujur seperti Jalil Ibrahim mati di Hong Kong siapakah dibelakang kes ini sampai sekarang kita tak tahu.
Sekiranya menteri dapat komsin dari satu-satu pembelian kerjaan tidak apa, tetapi kalau orang bawah ini rasuah SPRM cepat-cepat buka kes, kalau menteri orang membuat laporan orang itu akan di kenakan tindakan undang-undang, kerana Rashia Resmi Kerjaan kunun. Begitu pula dengan subsidi kepada Rakyat ini terlalu besar diwar-warkan seluruh Dunia melalui TV dan akhbar. Tetapi kepada keroni dinamakan intisif sebab banyak senyap saja.
Begitu juga kita yang berhutang PPTN kena bayar, menteri kata tiap-tiap hutang mesti dibayar, tetapi Tajudin Ramli beratus juta kerjaan boleh dimasuhkan tidak payah dibayar. Hutang PPTN bagi rakyat meskin perlu dibayar. Inilah kerjaan yang perhatin, untuk membela nasib orang-orang melayu, memang baik tiada kerjaan di dunia yang dapat membela nasib bangsa seperti kerjaan Malaysia kita.
Apa tidaknya berapa banyak orang-orang melayu yang tersenarai kekayaan mereka. Siapakah mereka? Anak siapakah mereka? Adek siapa mereka? Siapakah yang mereka kenal? Bangsa melayu seperti merekalah yang dapat keistemiwa. Bukan anak bekas Sjn Adam yang besara? atau anak bekas Kpl Mehat yang telah berhenti dari tentera? Melayu beginilah yang dibela oleh mereka, bukan melayu seperti kita, inilah nasib bangsaku.
Orang macam kita untuk mendapatkan pinjaman kewangan empat lima puluh ribu bagi menjalankan pernagiaan memang susah, lebih-libih lagi dengan tiada ada cagaran. Bagi orang-orang yang politik, siapa yang mereka kenal, cukup mudah dapat pinjaman, contoh pernigaan lembu saja boleh dapat pinjaman dua ratus lima puluh juta RM. Dengan kadar fedah 2% saja, dengan sayarat-sayarat pinjaman yang longar.
Orang politik bila dilantik jadi Menteri satu penggal (lima tahun) buat rumah berjuta-juta, kalau hendak dikira gaji lima tahun tak makan wang tak akan dapat untuk membina rumah tersebut., mungkin aku silap mereka pandai menabung sejak dilahirkan, yang kita tidak pandai menabung kelau pandai bukannya setakat rumah berharga dua tiga juta cincin yang berharga jutapun dapat kita beli.
Tiap-tiap kali harga kawalan naik seperti tepong, gula, minyak masak, petrol dan desil rakyat yang berniagaan makanan dan yang berkaitan diberi amaran oleh menteri agar jangan dinaikan harga jualan kerana kenaikan barang kawalan adalah berpatuan dan tidak membebankan rayak, yang seronoknya ada menteri kata ayam naik kita pulau, kalau harga gula naik kita kurangkan supaya tidak kena kencing manis, minyak masak naik kurangkan untuk mengelak kelostrol, api eletrik naik supaya kita dapat bercermat, mermacam-macam lagi alasan untuk memperbodohkan kita. Maka keluarlah muka-muka tukang karut yang mengampu dari orang awam hinggalah Penysarah yang berkelulusan Phd dalam TV dan berita memuji Pemerintah yang pandai menguruskan ekonomi. Hutang Negara yang masih kita tanggong sehingga kini lebih RM700 belian inikah yang dikatakan pandai mengurus? adakah cerita ini keluar di TV? mengapa? oh Malaysiaku yang tercinta. Malaysia boleh.
Siapakah yang memerentah Negara Malaysia sejak dari tahun 1967 adakah Cina DAP? Sampai kita dibangsatkan? DAP kah yang membuat hutang Negara sehingga 700 belian, yang mengambil wang KWSP, Wang tabong ATM dan banyak lagi dana-dana yang tidak dapat dinayatakan. DAP kah yang menghilang saham Bumiputera? Tanah Simpanan Melayu? Adakah DAP yang mencuri 1MDB?
Sedangkan Malaysia bermacam-macam hasil bumi yang kita miliki, tetapi masih menanggong baban hutang, Singapora apa yang ada?
Aku sunggoh faham dengan janji PM yang kita kasihi apa yang dikatakan semuanya betul tetapi kita maseh tidak faham. Janji-janji Tol akan turun berperingkat-pringkat. Minyak akan diturun harga mengiku pasaran. GST tidak membankan Rakyat, bila GST dilaksanakan semua barang menjadi murah, dan tidak akan membabankan rakyat.
Sebenarnya tol, minyak dan barang keperluan akan naik berperingkat-pringkat itu lah maksudnya, tapi kita maseh tidak faham. Rakyat didulukan! Baru-baru ini PM kata "apa yang Kerjaan lakukan untuk menyenangkan rakyat" faham-faham sebaliknya.
Apa cakapnya memang betul, dulu kalau ada RM100.00 kalau beli dipasar tani berat juga hendak dibawa, tetapi sekarang dengan RM100.00 tidak banyak barang dapat dibeli, jadi tidak membabankan kita bawa barang, meringgankan beban dan tidak mahu meyusahkan rakyat, itu yang dikatakan oleh PM. Faham tak?
Kedatangan tahun 2016 ini ekonomi akan menjadi lembab, banyak pernigaan akan bungkus, kilang-kilang banyank yang tutup, kalau tidakpun akan mengurang perkerja dan bila perkerja tempatan banyak yang menggangor, kerjaan masih mahu mengambail warga Bangala, bukannya sedikit tetapi dengar kabar 1.5 juta. Untuk apa?
Aku bukan orang politik, jauh sekali hendak bertanding dalam PR. Kita sebagai veteran ATM bila bercakap masaalah apa yang terjadi Negara ini kita kata berpolitik, adakah kita sedar apa akan jadi pada Negara ini? Ada kita mahu jadi seperti Greece atau Zimbabwe atau Tibet?. Ini lah masalahnya bila jadi katak dibawah tempurong, tidak mahu ambil tahu langsung kedaan semasa. Cuba lihat dan dengar ucapan Panglima TNI video ini yang berada didalam wahtsapp Ex 3 RAMD, apa akan jadi dirantau ini lima atau sepuluh tahun akan datang. Sehingga Menteri Pertahanan kita mengugil bila mendengarnya.
Bila ada orang untuk memberi pencerahan kita kata berpolitik. Beginikah sikap seorang pehalawan. Tak apa lah mereka boleh berkata begitu sebab mereka berpencen lumayan dan mempunyai banyak harta, tidak seperti kami yang tiada berharta, dengan pencen yang kecil untuk belanja harian pun tidak mencukupi. Dengan harga barang setiap hari melambong naik. Wang kami sebanyak itu masakan mencukupi untuk menampong hidup dimasa kini.
.
kan bersambong InsaAllah....

Thanks for the sharing
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi pengalaman yg penuh bersejarah ini. Waktu itu saya baru sahaja lahir ke dunia. Arwah ayah saya juga pernah bertugas di Tawau waktu konfrantasi.
ReplyDeleteSaya tengah buat kajian konfrontasi ni...benarkah arwah ayah Encik prnah brtugas waktu pristiwa tu
DeleteLeftenan colonel othman bin rani adalah atuk sy..Semoga roh mereka dirahmati oleh Allah SWT.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSaya tengah buat kajian konfrontasi ni...boleh tak encik hubungi saya 01131497012..saya perlu temubual orang2 yang pernah terlibat waktu itu
ReplyDelete