Title

Selamat datang ke Ex 3 RAMD (Utara). Pesanan admin kapada kawan-kawan semua selalulah melawati blog ini kalau hendak melihat gambar semasa dulu-dulu. Gambar- telah ditambah di post-post yang berkaitan.

Tajuk Utama

Masihkah Ingat

Terkenang Masa lalu Lawatan Ceramah Kunjungan


Malaysia :

Thursday, August 29, 2019

DUA KISAH SEDIH DAN IKHTIBAR




KISAH SEORANG MURID SEKOLAH AGAMA TEMENTI
😢😢😢

Sesudah solat jumaat aku masih duduk di masjid brhmpiran sebuah sekolah rendah agama.

Jemaah masjid sudah sepi, balik dgn hal masing2.

Seorang nenek tua menawarkan dagangannya, kueh tradisional.

Satu plastik harganya satu ringgit. Aku sebetulnya tidak berminat, tetapi krn kasihan aku beli satu plastik.

Si nenek penjual kueh kelihatan letih dan duduk di tangga masjid tk jauh dariku. Kulihat masih banyak jualannya.

Tak lama kemudian, kulihat seorang  murid  mendatangi si nenek. Aku kira murid ini baru darjah satu atau dua.

Dialognya dengan si nenek jelas terdengar dari tempatku duduk.

“Berapa harganya Nek?”
“Satu plastik kueh 1 ringgit, nak”, jawab si nenek.

Murid itu mengeluarkan wang lima ringgit dari sakunya dan berkata :

“Saya beli 5 plastik, ini duitnya, tapi buat Nenek...dan kuehnya boleh dijual lagi.”

Nenek tua jelas sekali terlihat berkaca2 air matanya:

“Ya Allah Syukur dan t.kasih ye Nak. Alhamdulillah Ya Allah, Kau tlh kabulkan doaku utk beli ubat cucuku  yg sakit.” Si nenek mneruskn jualannya..

Lantas aku memanggil murid tadi..

“Siapa namamu ? Darjah berapa?”
“Nama saya Puaad, djh 2, pakcik”, jawabnya sopan.
“wang blnja kamu sehari lima ringgit,
ye?'”

” Oh .. tak Pakcik, saya diberi blnja 1 ringgit sehari. Tapi saya tidak pernah blnja, sbb saya bawa bekal dari rumah.”

“Jadi duit kamu bagi nenek tadi simpanan  kamu sejak hari isnin?”, tanyaku semakin tertarik.

“Betul Pakcik.
Jadi setiap jumaat saya boleh Sedekahkan Lima ringgit

Dan sesudah itu saya selalu berdoa agar Allah berikan pahalanya untuk ibu saya yang sudah meninggal dunia

Saya pernah mendengar ceramah ada seorang ibu yang Allah ampuni dan selamatkan dari api neraka krn anaknya bersedekah sekeping roti

Pakcik”, murid itu mnjlskan dengan fasihnya.

Aku pegang bahu murid itu :

” Sejak bila ibumu meninggal, Puaad?”
“Ketika saya masih tadika, pakcik”

Tak terasa air mataku mengalir... :

“Hatimu jauh lebih mulia dari aku Puaad, ini pakcik gantikan duit kamu yg Lima ringgit tadi ya…”, kataku sambil menyerahkan sekeping not lima ringgit ke tangannya.

Tapi dengan sopan Puaad menolaknya dan berkata :

“Terima kasih, Pakcik… Tapi ini untuk keperluan pkcik, saya masih sek dan tidak ada tanggungan… Tapi pkcik ada keluarga…. Saya pergi dulu Pakcik”.

Puaad menyalami tanganku dan menciumnya.

“Allah menjagamu, nak ..”, jawabku sedih.

Aku pun beranjak pergi, tidak jauh dari situ kulihat si nenek penjual kueh ada di sebuah kedai ubat.. Bergegas aku kesana, kulihat nenek  membayar duit utk ubat yang dibelinya.

Aku bertanya kepada tokey..berapa harga ubatnya. Apek menjawab : ” Empat ringgit..”

Aku serahkan wang yang ditolak oleh Puaad tadi kpd tokeh kedai : ” Ini saya yang bayar… Kembalikan duit dan berikan kepada nenek ini..”

“Ya Allah.. Nak…”

Belum sempat nenek berterima kasih, aku sudah bergegas meninggalkan kedai itu… Aku bergegas untuk melanjutkan perjalananku lagi.

Dalam hati aku berdoa semoga Allah menerima sedekahku dan ampuni kedua orang tuaku yg sudah meninggal serta anak2ku yg sedang menuntut ilmu.

Saudara2 & Sahabat2ku...Ada kalanya seorang anak lebih jujur dpd orang dewasa, Ajarkanlah anak2 kita dari Dini tindakan nyata yg bukan teori semata2.

Kisah ini dari cerita seorg hamba Allah.

SHARE YE….
Boleh di share...

Rasulullah S.A.W bersabda

Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada org yg mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperolehi pahala
(HR. Al-Bukhari)

Ya ALLAH...
Muliakanlah orang yang membaca dan menyampaikan risalah ini
Ringankanlah kakinya untuk melangkah ke rumah2-Mu Ya Allah
Lapangkanlah hatinya
Bahagiakanlah keluarganya
Luaskan rezekinya seluas lautan
Mudahkan segala urusannya
Kabulkan cita-citanya
Jauhkan dari segala Musibah
Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Munkar.
Dan dekatkanlah jodohnya untuk yg blm mempunyai jodoh & orang yang
membacanya..
Aamiin Yaa Rabbal'alamin



CERIA  KEDUA :    MINTA AMPU DARI IBU

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.

Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah.
Kami banyak buat salah pada ayah".

Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.

-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik - Karyawan Bisu

P/S: Jika anda menyukai artikel ini sila kongsikan kepada kawan-kawan anda terima kasih.

#anakfelda

No comments:

Post a Comment